Jumat, 28 Agustus 2015

[World] Zon Kenali Senjata ATM : Metis-M

Misil Anti Kereta Kebal Malaysia https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhsyD0HFjWhqkMQ9uGzpdNDIpxyfAGndB5ePXu9WY95Sx52TigZKxnM7P7OdpIQRx47WosRhz3WfzDFEA0wXpFYN7FWLh-2U6PJc2KhSIrS1KpCBYQnxOZWYsJ1G5MDGc6KuvKKFAW8src/s400/b0002.jpg9K115-2 Metis-M Tentera Darat Malaysia (Bertiwi)

ATGM (Anti Tank Guided Missile) atau Misil Anti Kereta Kebal buatan Rusia yang dikeluarkan oleh KBP Instrument Design Bureau. Mula beroperasi pada tahun 1992 dan digunakan hampir 17 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Sistem ATGM METIS-M ini di reka khusus untuk menembusi dan memusnahkan kenderaan berperisai moden yang mempunyai bahan pelindung tambahan seperti ERA (explosive reative armour), kubu pertahanan dan juga tempat letak senjata, serta sasaran-sasaran yang terpilih. Sistem peralatan Metis-M terdiri dari 9M131 (9M131F) ATGM; Pelancar 9P151 ; 1PBN86-VI thermal sight.

Sistem yang digunakan oleh Metis-M ATGM ialah "semiautomatic guidance system transmitted over wire link" iaitu sistem yang tidak memerlukan peralatan yang terlalu canggih dan mahal seperti gyroscopic coordinator, elektronik unit dan bateri pakai buang.

Sistem Metis-M ini hanya dikendalikan oleh seorang anggota, manakala anggota yang lain boleh membawa peluru dan lain-lain peralatan tambahan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidPrtgVqQkscdXG_tqvfctwXuhjJiN_Avm9F4WazgmjUv_BoJqWDx1ABIR1UGFE-Uki9QYJkpyDiaMjU31p4DP-tKaspGVKUVa8qdSKPRwnwFqBLU1u_ntlC4DiR5oEo9GPb8mLCF_lVE/s400/Metis-M1_%25283%2529.jpgATGM Metis

Jenis-jenis peluru berpandu anti kereta kebal yang digunakan oleh ATGM ini ialah HEAT 9M131 yang berupaya merobek perisai yang dilindungi Oleh ERA (Explosive Reactive Armour) setebal 850mm, Kenderaan berperisai ringan, kubu-kubu pertahanan (bunker) dan pos-pos kawalan senjata.

Peluru anti-tank thermobaric (HE) yang mampu memusnahkan sasaran seperti bangunan, struktur bangunan dan sebagainya. Penembakan Metis-M hanya dilakukan oleh seorang anggota tentera. Sistem ini terbukti berkesan apabila ianya digunakan dalam perang Palestin antara pejuang Hizbullah dan Regim Israel pada 2006. Menurut sumber dari Israel, sistem ini digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Merkava Israel.

Pada Julai 2001 Malaysia telah menandatangani kontrak pembelian ATGM AT-13 Metis (M) dengan KBP Instrument Design Bureau, dari Rusia. Nilai kontrak yang ditandatangani ialah USD 30 juta.

Dengan pembelian Metis (M) ini, inventori ATGM dalam ATM telah bertambah dan dapat mempertingkatkan lagi kuasa pemusnah kereta kebal pada masa akan datang.

Jarak operasi adalah 80 meter sehingga 2000 meter, seberat 13.8 Kg. Bagi perkhidmatan dalam Malaysia, ianya dipasang diatas kenderaan G-Wagon 4x4 dan digunakan sebagai senjata bantuan batalion.

  Bertiwi  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.