Senin, 16 Mei 2016

[Dunia] Malaysia Gunakan Sistem Komunikasi Satelit Militer

Satelit militer Malaysia

Malaysia meresmikan Pusat Komunikasi Satelit Angkatan Tentera Malaysia (PKS ATM) di Kem Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor pada, 9/5/2016 oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin.

Pengoperasian PKS ATM ini mencatat sejarah bagi ATM khasnya dan Malaysia kerana ATM julung untuk pertama kalinya mengoperasikan system komunikasi satelit X Band di bawah kawalan selia mereka sendiri dan satelit MEASAT-3B yang membawa komunikasi system X Band adalah yang pertama dimiliki oleh negara di Asia Tenggara.

Pembangunan PKS adalah sebahagian dari pemodenan system komunikasi satelit ATM untuk menyokong 4DMAF.

Kehebatan yang diperoleh dari komunikasi satelit ini membantu meningkatkan keupayaan lebih canggih dan bertaraf dunia. Selain itu memberi kelebihan dalam mengoptimumkan force multiplier effect kuasa tempur ATM. Secara tidak langsung juga menjadi ‘Mata Langit’ dalam melicinkan dan memberi ‘secure communication’ untuk operasi tentera dalam pengawasan ancaman keselamatan negara seperti pencerobohan sempadan atau aktiviti pelanunan.

Leftenan Kolonel Ir. Illime bin Ibrahim yang merupakan Pegawai Memerintah Pusat Komunikasi Satelit ATM, menuturkan : “Untuk makluman Transponder X-Band untuk kegunaan tentera ini kita pasang pada MEASAT-3B bersama2 transponder awam yang lain. MEASAT-3B bukan dedicated military SATCOM. Sebelum ini kita sewa perkhidmatan Satcom dari negara luar. Kini kita hanya bayar sewaan kepada MEASAT yang mana satelit milik negara kita sendiri.

Ini bermakna lebih terjamin dan secure. kebanyakkan negara di Asia Tenggara menggunakan X-band Amerika atau Jepang atau Europe untuk komunikasi tentera mereka.

Jika ada dana yang mengizinkan ATM mahu lancarkan dedicated X-band satelite sendiri. Tetapi ini merupakan perancangan masa depan


Pembangunan PKS ATM terdiri dari dua bagian penting yaitu Space Segment dan Ground Segment dimana Hub dan terminal-terminal X-Band Satelit ini akan dipasang pada unit-unit darat laut dan udara. Perolehan ini berlanjutan sehingga tahun 2020. [Malaysiamilitarypower.blogspot.]
 

  Jakarta Greater  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.