Minggu, 14 Februari 2021

[Dunia] Malaysia Tampilkan Kendaraan Tempur HMAV 4x4

MILDEF Hasilkan Kenderaan Perisai Pertama Buatan Tempatan Mildef HMAV 4x4 [AirTimes]

S
yarikat indusri tempatan, MILDEF INTERNATIONAL TECHNOLOGIES (MILDEF) hari ini telah memperkenalkan prototaip kenderaan berperisai mobiliti tinggi (HMAV) 4×4.

Kenderaan ini adalah binaan sepenuhnya di negara ini oleh syarikat milik penuh Bumiputera,

Ia menggunakan kepakaran jurutera berpengalaman tempatan dan yang pertama seumpamanya dihasilkan,” Ketua Pengarah Eksekutif MILDEF, Dato’ Sri Mohd Nizam Kasa semasa sesi taklimat kepada media, hari ini.

Ketika ditemubual oleh Air Times, Nizam menjelaskan kenderaan ini telah direka cipta dan dibangunkan oleh anak tempatan.

Mildef HMAV 4x4 [AirTimes]

Rekaan kenderaan ini adalah 100 peratus buatan Malaysia.

Prototaip HMAV 4×4 pada ketika ini menggunakan 80 peratus komponen tempatan yang merangkumi casis, badan dan sistem enjin,” kata selepas sesi taklimat media.

Beliau menambah, komponen seperti transmisi, enjin dan gandar pula menggunakan perkhidmatan pembekal luar.

MILDEF dalam satu kenyataan menjelaskan enjin kenderaan ini dihasilkan dengan kerjasama syarikat Caterpillar.

Terdahulu, syarikat ini dikenali sebagai Kembara Suci terlibat dalam bidang penyelenggaraan kenderaan berperisai Tentera Darat Malaysia (TDM).

Jelas Nizam, pengalaman tersebut telah membawa kepada penghasilan kenderaan prototaip ini.


Mildef HMAV 4x4 tampak belakang [DefenceSecurityAsia]

HMAV 4×4 dibina berasaskan pengalaman kami dalam melakukan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan tempur TDM."

Oleh itu, pihak kami menghasilkan kenderaan yang menepati keperluan TDM berdasarkan pengalaman selama 16 tahun dalam bidang tersebut.

Beliau menjelaskan HMAV 4×4 telah direka bagi menggantikan peranan Radpanzer Condor.

Kenderaan ini merupakan kesinambungan dari Condor yang telah ketinggalan selama 30 tahun."

HMAV 4×4 direka menggunakan teknologi masa kini yang setanding dengan negara luar,” katanya.

Proses rekaan, kajian dan pembangunan kenderaan prototaip kenderaan ini telah bermula semenjak 4 tahun lalu serta menelan belanja sebanyak RM 16 juta.

Selain itu, model kenderaan ini menggunakan sebanyak 70 peratus komponen tempatan yang merangkumi casis, badan dan sistem enjin.

 Malaysia perlu bina kenderaan perisai sendiri 

Mildef HMAV 4x4 [Mildef]

Menurut Nizam, kebergantungan negara kepada pembekal antarabangsa telah menimbulkan pelbagai isu.

Ini terutamanya pada keperluan untuk servis pada jualan.

Bagi menenyelesaikan masalah ini, Malaysia perlu bina kenderaan berperisainya sendiri,

Pada tahun 2016, MILDEF menyedari bahawa kami mempunyai kapasiti untuk menyahut cabaran tersebut,” katanya.

Menyentuh perancangan masa hadapan, MILDEF akan membangunkan kenderaan berperisai 6×6.

 Bakal diuji oleh Tentera Darat Malaysia 
Mildef HMAV 4x4 tampak samping [FreeMalaysiaToday]

Menurut Nizam, kenderaan prototaip HMAV 4×4 akan menjalani ujian penilaian oleh TDM.

Pihak TDM telah menubuhkan satu pasukan untuk pandu uji kenderaan ini bersama MILDEF,

Ujian akan dilaksanakan dalam masa terdekat,
” katanya.

Beliau menambah, penghasilan kenderaan ini turut mendapat nasihat dan kerjasama dari TDM serta STRIDE.

HMAV 4×4 merupakan kenderaan berperisai yang dilengkapi dengan perisai Stanag 4569 Tahap 2 dan 2B.

Dari segi persenjataan, kenderaan ini boleh dilengkapi dengan mesingan 12.7mm yang dipasang pada sistem Stesen Senjata Kawalan Jauh (RCWS) atau pelancar grenad.

  AirTimes  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.