Jumat, 02 September 2016

[Dunia] Penampilan Kereta Perisai Lipan Bara Malaysia

Hasil kerjasama Deftech dan Chaiseri Thailand https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi8lAHEH-ruJLnxyRYzacu8vKZ0zauZjEpRrg6TZhn53-kfUx69gpAk_vAW-q_8QMOAOBufTHDIVoYJocgh0_nC-0ShMYaQYzQj1iMvFruYmtnBJl0HIOhbIJDvn9aDKUinJBjtzYXj5VI/s400/Lipan+Bara.pngRanpur Lipan Bara 4x4 (Utusan)  ☆

Lipan Bara, kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperlihatkan kepada orang ramai buat kali pertama dalam perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan ke-59 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Kereta perisai bermobiliti tinggi (HMAV) itu mampu me­ngangkut muatan seberat sehingga dua tan serta mempunyai tahap perlindungan dan kekebalan yang menepati piawaian protokol STANAG 4569 Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Aset terbaharu ATM dengan keupayaan pacuan empat roda tersebut dilengkapi sistem persenjataan M134D-H Gatling Gun 7.62mm, pelancar grenad 76mm dan alat amaran laser.

Lipan Bara yang dikeluarkan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn. Bhd. (Deftech) itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pame­ran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016, di sini April lalu.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, rakyat seharusnya menghargai jasa pasukan keselamatan yang bekerja keras memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman.

Adalah penting bagi kita bersatu untuk mempertahankan negara ini, tanpa mengira apa pun bangsa atau agama kita,” katanya kepada pemberita selepas me­nyaksikan acara perbarisan dan perarakan tersebut.

Menurut beliau, sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 yang berjalan lancar dan meriah tahun ini membuktikan rakyat memilih untuk bersatu demi memastikan negara kekal merdeka.

  Utusan  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.