Rimba –
Latihan Gerakan Udara bagi Eksesais Elang Brunesia 05/2012 yang telah dirancang
selama 3 hari bermula pada 19 hingga 21 November 2012 diantara Tentera Udara
Diraja Brunei (TUDB) dan Tentera Nasional Indonesia – Angkatan Udara (TNI-AU)
telah berjaya dilangsungkan hari ini di Kawasan FFA, Padang Tembak Binturan,
Penanjong Garison.
Tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan kerjasama dan
persefahaman diantara TUDB dan TNI-AU didalam melaksanakan latihan gerakan
udara mencari dan menyelamat secara gabungan di kawasan latihan tersebut.
Disamping itu juga, ianya akan dapat meningkatkan lagi tahap
‘Inter-Operability’ dan kesiapsiagaan diantara kedua tentera udara, terutama
sekali dalam bidang profesionalisme keanggotaan, peralatan, prosedur dan
dukungan logistik secara bergabung. Pesawat yang d gunakan semasa latihan
tersebut adalah Bell 212 dari TUDB dan Super Puma dari TNI-AU.
Setelah
latihan tersebut selesai dijalankan, Acara seterusnya ialah Upacara Penutup
bagi Eksesais Latihan Bersama Elang Brunesia 05/2012 di Pangkalan Rimba TUDB.
Tetamu Kehormat majlis ialah Brigadier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji
Jofri bin Haji Abdullah, Pemerintah TUDB dan Marsekal Muda TNI Bagus Puruhito,
PANGKOOPSAU 1.
Upacara
dimulakan dengan pemerikssan perbarisan oleh Tetamu Kehormat dan seterusnya
memberikan ucapan serta dengan rasminya melancarkan penutup bagi Eksesais
tersebut. Acara diteruskan dengan menanggalkan toha daripada kedua-dua
pengendali latihan tentera udara oleh Tetamu Kehormat Majlis. Sebagai
kenang-kenangan, Sesi bergambar ramai bersama semua anggota yang terlibat di
dalam Eksesais bersama Tetamu Kehormat Majlis telah dijalankan setelah bacaan
doa penutup oleh Guru Ugama TUDB.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.